Laporan Finextra dan Cloudera Mendedahkan Bahawa AI Hibrid Kini Menjadi Piawaian Baharu dalam Perkhidmatan Kewangan, dengan 91% Menyifatkannya Sangat Bernilai

Published 2 hours ago Positive
Laporan Finextra dan Cloudera Mendedahkan Bahawa AI Hibrid Kini Menjadi Piawaian Baharu dalam Perkhidmatan Kewangan, dengan 91% Menyifatkannya Sangat Bernilai
SANTA CLARA, Calif., Nov. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya syarikat yang membawa teknologi AI kepada data di mana-mana sahaja, hari ini mengumumkan penerbitan laporan global terbaharu. Laporan tersebut, yang dibangunkan dengan kerjasama Finextra Research, berdasarkan tinjauan terhadap 155 orang eksekutif dan pemimpin industri di seluruh dunia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan AI hibrid telah menjadi strategi penting dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan 91% organisasi menilai pendekatan hibrid sebagai sangat bernilai. Selain itu, walaupun penerimagunaan AI kini meluas, kajian tersebut mengesahkan bahawa halangan berkaitan data dan keselamatan yang ketara masih menghalang syarikat daripada mencapai integrasi menyeluruh di peringkat perusahaan.

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 62% organisasi perkhidmatan kewangan kini menggunakan pendekatan AI hibrid yang merangkumi awan awam, pusat data dan persekitaran pinggir bagi membolehkan pelaksanaan AI di mana sahaja data berada. Model ini dianggap penting untuk mengurus sistem legasi, meningkatkan kecekapan penskalaan serta menangani tugasan intensif sumber seperti latihan dan pelaksanaan model AI. Penerimagunaan meluas ini membuktikan bahawa infrastruktur fleksibel berasaskan konsep “data di mana-mana” bukan lagi satu pilihan tetapi kini menjadi keperluan asas untuk memperoleh kelebihan daya saing.

Menutup Jurang Pelaksanaan AI

Keselamatan data telah muncul sebagai halangan utama dalam usaha menutup jurang pelaksanaan AI. Selain itu, 97% organisasi perkhidmatan kewangan melaporkan bahawa silo data menjejaskan keupayaan mereka untuk membina dan melaksanakan model AI yang berkesan. Cabaran ini menekankan bahawa inovasi AI hanya boleh berjaya sekiranya ia dibangunkan berasaskan tadbir urus dan keselamatan data yang bersatu serta boleh dipercayai.

Walaupun banyak firma mempunyai aspirasi tinggi terhadap AI, ramai yang masih bergelut untuk membuka nilai transformasi sebenar. Hampir separuh organisasi (48%) telah melangkaui peringkat percubaan awal AI, namun masih belum mengintegrasikan teknologi tersebut sepenuhnya ke dalam operasi teras mereka. Keadaan ini meletakkan mereka pada kedudukan kurang berdaya saing berbanding 26% firma yang telah mencapai penerimagunaan AI secara menyeluruh di seluruh organisasi.

“Laporan ini mengesahkan bahawa strategi hibrid berasaskan konsep ‘data di mana-mana’ adalah sesuatu yang tidak boleh dirunding. Ia juga menekankan bahawa infrastruktur semata-mata tidak mencukupi,” kata Adrien Chenailler, Pengarah Global, Penyelesaian AI untuk Perkhidmatan Kewangan di Cloudera. “Untuk benar-benar menutup jurang pelaksanaan, institusi kewangan memerlukan platform data dan AI yang bersatu, yang menjamin tadbir urus dan keselamatan yang konsisten merentasi semua persekitaran. Inilah satu-satunya cara untuk membina kepercayaan, mengurus risiko dan mempercepat penerimagunaan AI pada skala besar.”

Penemuan Utama

AI Hibrid Sebagai Pendekatan Dominan: 62% firma perkhidmatan kewangan kini secara aktif menggunakan pendekatan hibrid.Penerimagunaan AI Sebagai Keperluan Strategik: 97% firma perkhidmatan kewangan kini melaksanakan sekurang-kurangnya satu kes penggunaan AI/ML, menjadikan AI bukan lagi teknologi baharu yang sedang muncul, tetapi pemacu utama perniagaan.Tadbir Urus Bersatu Adalah Keperluan Mutlak: Dengan peningkatan pelaksanaan hibrid, 84% organisasi menganggap rangka kerja tadbir urus dan keselamatan data bersatu merentasi semua persekitaran sebagai “kritikal” atau “sangat penting.”Keupayaan Keselamatan Mendorong Pelaburan AI: Satu daripada empat firma (25%) meletakkan keselamatan sebagai keutamaan utama ketika menilai penyedia platform AI.

“Bagi ahli kami, realitinya jelas: AI hanya boleh mencapai potensi penuhnya apabila kedaulatan data, privasi dan kepercayaan dijamin,” kata Gary Wright, pengarah urusan, Finextra Research. “Hasil tinjauan kami menyerlahkan kemajuan serta jurang yang masih wujud, menegaskan bahawa kejayaan AI tidak hanya bergantung pada skala pelaburan, tetapi juga pada keputusan strategik berkaitan infrastruktur, kerjasama dengan penyedia teknologi serta tadbir urus data yang kukuh. Kami berbesar hati untuk berkongsi cerapan ini bersama Cloudera, bagi membantu ahli kami di seluruh dunia menavigasi landskap yang berkembang pesat ini.”

Baca laporan penuh.

Metodologi

Laporan ini berdasarkan tinjauan global yang dijalankan oleh Finextra Research pada Ogos 2025, melibatkan 155 responden daripada organisasi perkhidmatan kewangan dan teknologi. Peserta tinjauan terdiri daripada individu yang memegang jawatan kanan di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, Amerika Latin serta Timur Tengah dan Afrika.

Perihal Finextra Research

Laporan ini diterbitkan oleh Finextra Research. Finextra Research ialah sumber berita dan maklumat teknologi kewangan khusus yang terkemuka di dunia. Ia menawarkan lebih daripada 130,000 kandungan berita, rencana dan video berkaitan teknologi kewangan kepada kira-kira 800,000 pelawat bulanan di http://finextra.com. Finextra meliputi semua aspek inovasi teknologi kewangan yang melibatkan bank, institusi dan organisasi penyedia dalam sektor perbankan borong dan runcit, pembayaran serta kad di seluruh dunia.

Perihal Cloudera

Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis dan edge — semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang big data, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan menegaskan kawalan ke atas 100% data mereka dalam semua bentuk, sekali gus memperkukuh keselamatan, tadbir urus serta menyampaikan cerapan ramalan masa nyata. Organisasi terbesar di dunia merentasi pelbagai industri bergantung kepada Cloudera untuk mentransformasi proses pembuatan keputusan, meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman dan menyelamatkan nyawa.

Untuk maklumat lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn serta X. Cloudera dan tanda dagangan yang berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain yang disebut mungkin merupakan tanda dagangan milik pemilik masing-masing.

Hubungi
Jess Hohn-Cabana
[email protected]